AMT dan AME Badan Kebajikan Anak Perak Jordan telah mengadakan perjumpaan dengan anak-anak Perak di Irbid dan Mafraq
Ramai Ahli Tidak Hadir Kerana Pertindihan Program BKAN Lain
Perjumpaan ini diadakan adalah untuk mengenal lebih dekat lagi anak-anak Perak yg berada di seluruh Jordan. Disamping itu, kami jua ingin berkongsi permasalahan yang dihadapi oleh ahli Moga-moga perjumpaan kali ini memberi 1001 makna buat seluruh ahli Perak kerana kita kini sudah pun mengenal dengan lebih dekat lagi.
Apapun, jutaan terima kasih kami ucapkan buat anak-anak Perak yang sudi meluangkan masa bersama kami AMT dan AME BKAPJ untuk menjayakan program "Sehari Bersama Kami" Moga ukhuwwah yg terbina terus kekal selamanya
Antara Barisan Kepimpinan BKAPJ Sesi 08/09
Manakala buat seluruh barisan kepimpinan BKAPJ agar dapat melakukan tugas dengan baik supaya tidak diibaratkan seperti kata pepatah "ibarat mati dipancung tidak putus"
Badan Kebajikan Anak Perak ini adalah satu badan rasmi yang ditubuhkan pada tahun 1996 di University of Jordan bertujuan menjaga kebajikan anak-anak Perak khususnya di Jordan
Nama - Iblis Laknatullah Tarikh kelahiran- Bermula daripada keengganannya sujud kepada Nabi Adam Pejabat operasi- Tandas/bilik air/tempat yang bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat Status diri - Fasik kelas pertama Rakan kongsi- Golongan munafik serta syaitan-syaitan daripada kalangan manusia Agama - Kufur Sumber pendapatan- Segala harta yang diperolehi dengan jalan haram dan riba Jenis perkhidmatan- Menggalakkaan manusia mengerjakan kemungkaran dan kederhakaan terhadap Allah Taala Tempat tinggal di akhirat - Neraka Jahannam Tempoh perkhidmatan- Sehingga Hari Kiamat Kawasan - Setiap tempat yang di dalamnya tiada usaha untuk mengingati Allah Matlamat Perjalanan - Membawa setiap makhluk ke Neraka Jahannam Arah perjalanan - Tiada haluan dan bengkang bengkok Teman Sejawat - Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran Isteri di dunia - Setiap wanita yang tidak menutup aurat dan tidak mentaati Allah, Rasul dan suaminya Ganjaran - Dosa dan kemurkaan Allah Taala Kaum kerabat - Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah Berkomunikasi denga - Orang yang suka mengumpat, mencaci dan seantero dengannya Modal pusingan - Angan-angan kosong Makanan kegemaran - Daging orang mati dan segala najis dan kotoran Tempat pertemuan - Pasar-pasar Yang ditakuti - Orang mukmin yang bertakwa, beriman dan beramal Musuh ketat -Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa Yang dibenci - Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah Motto kerja - 'Hipokrasi asas akhlak' Alat perangkap - Wanita cantik, model, pelacur, peragawati dan sebagainya Kesukaannya - Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda dan menyesatkannya Saat ajal - Bila tiba waktu yang ditentukan Allah pada Hari Kiamat kelak Cita-cita - Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir Janji-janji - Janji kosong, angan-angan dan tipu daya Kelemahannya - Bila orang membaca Istighfar Yang membuatnya menangis - Bila orang sujud kepada Allah s.w.t Lambang - Sebarang tatu
MAKLUMAN
BLOG UPDATE 25 NOVEMBER 2009
Sebarang Artikel @ Karya @ Cadangan @ Komentar Untuk Disiarkan Di Dalam Laman Blog Ini, Sila Hantar Karya @ Artikel @ sebagainya Ke Email Ini -