BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

24 November 2009

BADAN KEBAJIKAN ANAK PERAK JORDAN (BKAPJ) - UPDATE 25 NOVEMBER 2009



-IKLAN-

ASSALAMUALAIKUM...KEPADA SEMUA WARGA BKAPJ...DAPATKAN BORANG DERMASISWA YAYASAN PERAK DARIPADA SETIAUSAHA BKAPJ IAITU SAUDARA HANNAN. SERAHKAN BORANG TERSEBUT SEBELUM 26 NOVEMBER 2009. HARAP MAKLUM



-INFO BKAPJ-

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA DIUCAPKAN KEPADA SELURUH WARGA BKAPJ YANG DIRAHMATI ALLAH TAALA SEKALIAN. SEMOGA DI HARI YANG MULIA INI, AMALAN DAN KETAQWAAN DAPAT DITINGKATKAN SEBANYAK-BANYAKNYA. INSYA-ALLAH. KEPADA MEREKA YANG SEDANG ATAU AKAN MENDUDUKI UJIAN DAN PEPERIKSAAN, SEMOGA ALLAH TAALA MEMPERMUDAHKAN ANDA DALAM MENJAWAB SEGALA SOALAN. RAJIN-RAJINLAH BELAJAR DAN MENGULANGKAJI PELAJARAN.

-Daripada AMT/AME dan seluruh perwakilan mantiqoh-



-TERKINI-

KUNJUNGAN DELEGASI YAYASAN PERAK

YANG DIPERTUA BKAPJ SERTA SELURUH WARGA BKAPJ MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA-KASIH DI ATAS KUNJUNGAN DELEGASI YAYASAN PERAK KE BUMI JORDAN INI YANG DIKETUAI OLEH YANG BERHORMAT DATO' NADZRI BIN ISMAIL (PENGERUSI YAYASAN PERAK) SERTA ISTERI DAN ANAK-ANAK PADA 21 NOVEMBER 2009 DALAM MALIS RAMAH-MESRA YANG DIADAKAN DI MU'TAH. LAWATAN RASMI INI BERTUJUAN UNTUK MENDEKATI ANAK-ANAK PERAK YANG BERADA DI BUMI JORDAN INI DALAM MENGERATKAN SILATURRAHIM ANTARA BKAPJ DAN YAYASAN PERAK ITU SENDIRI.









PERTANDINGAN DEBAT PIALA YAYASAN PERAK YANG DIADAKAN DI MU'TAH







DOWNLOAD
KOLEKSI GAMBAR-GAMBAR PERTANDINGAN DEBAT / LAWATAN DELEGASI

LINK 1
LINK 2
LINK 3
LINK 4
LINK 5
LINK 6
LINK 7
LINK 8


*EXTRACT WITH RAR
*NO PASSWORD

*ENJOY!!!


-TAZKIRAH-

HURAIAN RINGKAS BERKENAAN IBADAH KORBAN

Firman Allah Ta’ala bermaksud:

‘Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah”

(Al-Kautsar: 2)


"Dan kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Mekkah itu) sebahagian dari syi‘ar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika berdiri di atas tiga kakinya; maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur”

(Surah Al-Hajj: 36)


1. SEJARAH KORBAN

Sejarah Korban anak-anak Nabi Adam a.s - Habil dan Qabil

Firman Allah Ta’ala bermaksud:
Bacakanlah (Yaa Muhammad) kepada mereka akan cerita yang sebenarnya tentang dua orang anak Nabi Adam (yang bernama Habil dan Qabil) iaitu ketika keduanya mempersembahkan korban (kepada Allah0, maka yang seorang dari keduanya (Habil) diterima korbannya sedang yang lain (Qabil) tidak diterima korbannya - sebab itulah Qabil marah kepada Habil seraya berkata: “Nescaya kubunuh engkau!”

Sejarah Nabi Ibrahim a.s mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s

Firman Allah Ta’ala bermaksud:
“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku (anak) daripada golongan orang-orang yang soleh. Maka kami (Allah) gembirakan dia dengan (mendapat) anak yang penyantun. Tatkala sampai (umur) sianak boleh berusaha, berkata Ibrahim: “Hai anakku! Sesungguhnya aku melihat dalam tidur (mimpi) bahawasanya aku akan menyembelih engkau, oleh sebab itu lihatlah (fikirlah) apa pendapatmu?” (Sianak yakni Nabi Ismail) menjawab: “Wahai bapaku! Buatlah apa yang diperintahkan kepadamu, nanti engkau akan mendapati aku - insyaAllah daripada golongan orang-orang yang sabar.”

(Al-Soffat: 100-102)


Untuk mengetahui kisahnya dengan lebih terperinci, tuan-tuan/puan-puan disarankan untuk membaca kitab-kitab tafsir yang mu’tabar. InsyaAllah ceritanya menarik untuk dijadikan I’tibar.

2. HIKMAH KORBAN


Menyembelih qurban juga merupakan amalan yang disukai oleh Allah Subahanhu wa Ta‘ala dan sebagai bukti serta keikhlasan kita dalam menghidupkan syi‘ar agama Islam. Ini jelas difahami dari firman Allah Ta‘ala yang maksudnya: “Daging dan darah binatang qurban atau hadyi itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa daripada kamu”.

(Surah Al-Hajj:37)


Orang yang berkorban itu akan dikurniakan kebajikan (hasanah) sebanyak bulu binatang yang dikorban. Titisan darah korban yang pertama adalah pengampunan bagi dosa-dosa yang telah lalu. Darah korban itu jika tumpah ke bumi, maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Dan banyak lagilah. Bila dapat hayati sejarah korban Habil & Qabil serta kisah Nabi Ibrahim & Ismail … kitakan dapat menghayati/menyelami hikmahnya.

3. DEFINASI KORBAN


Korban bermaksud haiwan yang disembelih kerana ibadah pada Hari Raya Adha (10 Dzulhijjah) dan hari-hari tasyriq iaitu pada 11, 12 dan 13 Dzulhijjah dengan tujuan untuk mendampingkan diri kepada Allah Ta’ala


(Syeikh Daud al-Fathoni, Furu’ al-Masail, Juz 1: 259)





FITNAH DI AIDILADHA

Dgn nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Pengasihani
Bila di sebut ajer hari raya korban pasti terbayang dibenak kita akan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim Alaihissalam,Siti Hajar dan si anak kecil Nabi Ismail Alaihissalam.Tahukah kita pada aidul adha ini juga tlh berlaku satu fitnah yg besar dlm tarikh Islam yg kesannya hingga skrg berangkali jg hingga ke akhir zaman. Penghijrahan Nabi S.A.W dr kota Mekah ke Madinah tlh berjaya mengemilangkan Islam bahkan terdirinya sebuah negara Islam yg kuat diluaran dan dalamannya....malah di takuti oleh musuh2 Islam. Kewafatan Nabi S.A.W. tanpa meninggalkan wasiat atas takhtanya tlh di sempurnakan para sahabat dgn gitu sekali apabila terlantiknya Abu Bakar Assiddiq Khalifatul Ulaa.Org2 murtad dan menidakkan zakat di tanganinya tanpa gerun.Di bwh pimpinannya juga tlh mengumpul ayat2 suci Al-quran.Pemergiannya bertemu ilahi sekali lg tanpa pesanan utk penggantinya. Terlantiknya Umar Al-khattab yg di beri gelaran Al-faruq tlh menyerlahkan lg Islam di Parsi dan Rome. Bermulanya era Baitumaqdis tergenggam kukuh di tangan umat Islam tanpa berlaku pertumpahan darah..Allahu Akbar!!! Di subuh yg hening ketika ahli masjid sdg khusyuk memperhambakan diri pd ilahi...Ibnu Muljam tlh menikam Al-faruq dgn beraninya. Sblm Al-faruq menghembus nafasnya yg terakhir beliau sempat berwasiat dgn melantik 6 org ahli mesyuarat bg mencari penggantinya. Terlantiknya menantu kesayangan S.A.W. yg terkenal dgn gelaran dzu nurrain (perkahwinan beliau dgn dua org anak baginda S.A.W) Ketika mn pemerintahannya puak syiah tlh mengadakan parapoganda bg membunuhnya. Abdullah bin Saba' yg salasilah keturunannya dr Yahudi tlh mengadakan berbg2 fitnah dgn tujuan utamanya utk membunuh khalifah osthman Alaihissalam.Abdullah bin Saba' berjaya menyebarkan fitnah tentang keburukan Al-khalifah di serata Iraq, Basrah dan Mesir.Rancangan ini tlh di ketahui oleh Osthman, beliau tlh menghantar perutusan utk meninjau keadaan.

Mua'wiah yg memegang Kufah tlh mengadap Osthman utk menghulurkan bantuan tentera bg menghadapi puak munafiq ini, tetapi Osthman menolaknya dgn baik.Mua'wiah cuba lg menawarkan Al-khalifah agar tinggal bersama dgn beliau di Kufah krn bimbangkan keselamatan A-khalifah, itu pun di tolak dgn baik oleh beliau.Sbgmn yg kita tahu bhw Mua'wiah terkenal dgn tenteranya ramai dan hebat bahkan beliau merupakan seorg pemerintah yg cekap dlm menghadapi situasi yg genting. Apabila fitnah merebak dgn meluasnya Al-khalifah tlh memanggil mn2 pihak yg tdk berpuas hati dgnnya utk berdialog di di masjid di Madinah.Kedatangan ahli Mesir,Basrah dan Iraq yg masing2 seramai hampir seribu org setiap puak.Mrk tlh berdialog bg mendptkan kepastian.Mrk yg dtg ini terdiri dr dua golongan, golongan yg pertama sememangnya pemfitnah atau penipu dan golongan kedua merupakan golongan yg tertipu atau percaya dgn fitnah2 yg di sebarkan.Antara isu yg di bangkitkan ialah ''knp osthman x menunaikan soalt musafir ketika musafir ke Mekah'' ( betapa umat Islam terdahulu menitik beratkan amalan Rasulullah) maka Osthman menjawab dgn tenang ''bgmn dia nak solat, sdgkan dia blh di katakan ahli Mekah krn isterinya ahli Mekah''.Setiap persoalan yg di utara dpt di jwb dgn baik. Maka berpuas hati mrk2 yg terpedaya dgn fitnah2 mendengar penjelasan2. Sememangnya perancangan munafiq ini amat tajam, mrk akan cuba sedaya upaya mrk utk menjatuhkan Islam.Rombongan yg berdialog tadi tlh kembali ke negara masing2, ketika mn dlm perjlnan mereka tlh menahan org berkuda yg membawa perutusan.Apabila di siasat perutusan itu membawa surat dr Al-khalifah yg memerintahkan hukum bunuh, apabila mrk kembali ke tanah air masing2.Surat ini sbnrnya hanya lah rekaan semata2 yg di mainkan oleh puak2 Abdullah bin Saba'.Apbl melihat arahan sedemikian rupa mrk yg ingin blk ke tanah air tlh berpatah blk ke Madinah dlm keadaan yg amat marah. Perancangan asal utk membunuh Al-khalifah berkobar2 dlm hati masing2 walaupun sudah di tenangkan oleh Ali Karramallahu wajhah.


Keadaan yg genting ini berlaku ketika mn sbhgn besar para sahabat dan ahli Madinah keluar menunaikan ibadah haji.Bgt halusnya perancangan muanfiq2 ini. Mrk mengambil kesempatan utk membunuh Osthman ketika mn Ahli Madinah keluar menunaikan haji. Dgn bilangan yg hampir mencecah 3 ribu org mrk tlh mengepung kediaman Khalifah Osthman. Ali Karramallahu wajhah tlh mengarahkan anaknya Hussin dan Hassan utk mempertahankan Osthman Alaihissalam.


Berita pengepungan ini tersebar luas sehingga sampai ke bumi Mukarramah. Walaupun keadaan mengancam nyawa Osthman Alaihissalam, beliau tetap bertegas ''bhw sesiapa yg menganggap dirinya sbg khalifah tidak akan mempertahankan dirinya'' bgt sekali beliau dlm pemerintahannya...walaupun keadaannya genting beliau sekali2 tdk meminta bantuan org lain bg kepentingan diri sendiri malah menolak mn2 bantuan yg cuba di hulurkan. Pengepungan yg berlaku berhari2 ini juga tlh menyekat kemasukkan makanan dan minuman hattakan ketika mn Ummu Habibah yg merupakan isteri Baginda S.A.W. membawa makanan tlh di usir sehingga Ummu Mukminin ini terjatuh dr kudanya...Laknat Allah keatas org2 yg munafiq dan melampui batas.Ada pendapat ulama' yg menyatakan org yg membunuhnya ialah bernama Abu Bakr ( bukannya Abu Bakr Assidq). Org2 munafiq ini tlh merempuh masuk rumah Al-khalifah ketika mn Al-khalifah sedang solat sunat dan membaca Al-quran.Berkata Khalifah Ostman''wahai kamu semua, apakah salahku, aku tidak berzina,tidak juga membunuh org malah tidak sekali2 aku mrtad...apakah salahku sehingga hendak di bunuh?'' .Nabilah isterinya Osthman 'alaihissalam cuba mempertahankannya dr hunusan pedang tlh terputus jari2nya. Sblm di bunuh tlh di seksa khalifah Osthman yg mn perutnya tlh dibelah dan belakang beliau tlh di pukul2.


Pembunuhan khalifah osthman merupakan permulaan fitnah dan ia merupakan fitnah plg besar dlm Islam. Pada hari kematian beliau dlm keadaan berpuasa dan beliau jg tlh meminta sahabat memberinya sehelai seluar panjang utk di pakainya.Ada ulama' meriwatkan bhw pada mlmnya sblm kematiannya beliau tlh bermimpi bertemu dgn Rasullah, Abu Bakr dan Umar, mereka berkata pada Usthman bhw beliau akan berbuka bersama2.Saidina ustman terkenal dgn sifat pemalunya semenjak zaman jahiliyyah meminta utk memakai seluar krn bimbang akan auratnya terbuka pada hari beliau di serang.Saidina Usthman tlh dpt mengagak akan kematiannya akan tiba. Ekoran dr peristiwa ini berlakunya peperangan demi peperangan, timbulnya puak demi puak....di sebalik tabir kekacauan ini tertawanya puak2 munafiq apa lg puak2 yahudi yg sentiasa menanti kan kehancuran Islam...


(( Sekali2 yahudi dan nasrani tidak akan meredhai kamu )) itu lah peringatan yg Allah tinta dlm Azzikru.....

Apa yg tlh kamu sumbang buat Islam?? Renungilah amalan2 kita yg lampau!!
Wallahu 'alam

Olahan dr ceramah Aidul adha yg di sampaikan oleh ustaz Asyraf
bertempat di Subud Sheffield - 23/ 01 / 2005 dan sedikit penambahan jg dr apa yg di pljri dr Dr.Kadhem Arrawi.


-JARINGAN SOFTWARE-