- MUHAMMAD AFIFI SYAZWAN BIN JOHARI
- ABDULLAH AZZAM BIN ABDUL RASHID
- HASYIM BIN AHMAD
- NOR SAKINAH BT ZAMIN
- SITI WARDAH BT AHMAD LUTPI
NUKILAN DARIPADA Badan Kebajikan Anak Perak Jordan PADA 9:26 AM 1 KOMENTAR
NUKILAN DARIPADA Badan Kebajikan Anak Perak Jordan PADA 2:05 PM 0 KOMENTAR
NUKILAN DARIPADA Badan Kebajikan Anak Perak Jordan PADA 5:39 PM 0 KOMENTAR
-IKLAN-
NUKILAN DARIPADA Badan Kebajikan Anak Perak Jordan PADA 6:06 PM 2 KOMENTAR
-TAZKIRAH-
Kepentingan Ikhlas bagi Para Rabbani
Para Rabbani yg terdiri drp mereka yg aktif dlm pendidikan rohani dan yg berjalan kpd Allah tlh bersetuju, bahawa kepentingan ikhlas bg setiap amal utk bekalan akhirat dan bg setiap org yg meniti jln menuju Allah.
Al-Imam Abu Hamid al-Ghazali berkata di dlm Muqaddimah kitab An-Niyyah Wal-Ikhlas Qash-Shidq, yg memakan seperempat bahagian dr kitab Al-Ihya':
"Dgn hujjah iman yg nyata dan cahaya al-Quran, mereka yg mempunyai hati mengetahui bahawa kebahagiaan tdk akan tercapai kecuali dgn ilmu dan ibadah. Semua org pasti akan binasa kecuali mereka yg berilmu. Mereka yg berilmu pasti akan binasa kecuali yg aktif beramal. Semua org yg aktif beramal akan binasa kecuali mereka yg ikhlas."
Jadi sebutan mereka yg ikhlas amat rentan. Amal tanpa niat adalah ketololan, niat tanpa ikhlas adalah riya', yg bererti sama dgn kemunafikan dan tdk berbeza dgn kederhakaan. Ikhlas tanpa kejujuran dan perlaksanaan adalah sia-sia.
Allah tlh berfirman ttg setiap amal yg dimaksudkan utk selain Allah, sbg suatu yg tdk bermatlamat. Di dlm al-Quran Allah tlh berfirman yg bermaksud :
"Dan Kami hadapi segala amal yg mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yg berterbangan." (al-Furqan: 23)
Perkara yg serupa dgn apa yg dikatakan oleh al-Imam al-Ghazali itu sblmnya juga tlh dikatakan oleh seorang Rabbani yg arif bernama Sahl bin Abdullah at-Tustary, "Semua manusia spt org yg sdg mabuk kecuali mereka yg berilmu. Semua org yg berilmu adalah org yg bingung kecuali mereka yg mengamalkan ilmunya."
Dlm lafaz lain beliau berkata, "Dunia ini adalah kebodohan dan kematian kecuali ilmu. Semua ilmu merupakan hujjah ke atas pemiliknya kecuali yg diamalkannnya. Semua amal akan sia-sia kecuali yg dilaksanakan dgn ikhlas. Ikhlas itu dlm bahaya yg besar sehingga tetap berakhir dgnnya."
Sebahagian yg lain juga berkata, "Ilmu itu laksana benih, amal laksana tanaman dan airnya adalah ikhlas."
Ibn 'Atha'illah berkata dlm Al-Hikam, "Sesungguhnya Allah tdk menyukai amal yg mendua (berbelah bahagi), dan tdk pula hati yg mendua. Amal yg mendua tdk diterima dan hati yg mendua juga tdk akan diterima."
Amal yg tdk disertai ikhlas adalah ibarat gambar yg mati, dan raga tanpa jiwa. Allah hanya menginginkan hakikat amal, bkn rupa dan bentuknya. Maka dr itu Dia menolak setiap amal yg pelakunya tertipu dgn amalnya.
Dlm hadith shahih riwayat Abu Hurairah, bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :
"Sesungguhnya Allah tdk melihat kpd jasad dan rupa kamu, tetapi Dia melihat kpd hati kamu." Baginda memberi isyarat ke arah hati dgn jari-jari tangannya lalu berkata, "Taqwa itu letaknya di sini." Dan Baginda memberi isyarat ke arah dadanya sebanyak tiga kali." (HR Imam Muslim)
Allah berfirman ttg mereka yg menyembelih haiwan qurban, iaitu yg dilakukan oleh mereka yg menunaikan haji dan umrah :
"Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tdk dpt mencapai (keredhaan) Allah, tetapi ketaqwaan drp kamulah yg dpt mencapainya." (al-Hajj: 37)
Allahu a'lam..
Fit-Thariq Ilallah: An-Niyyah Wal-Ikhlas, Syeikh Yusuf al-Qaradhawi
NUKILAN DARIPADA Badan Kebajikan Anak Perak Jordan PADA 8:23 AM 0 KOMENTAR
HURAIAN RINGKAS BERKENAAN IBADAH KORBAN
Firman Allah Ta’ala bermaksud:
‘Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah”
"Dan kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Mekkah itu) sebahagian dari syi‘ar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika berdiri di atas tiga kakinya; maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur”
1. SEJARAH KORBAN
Sejarah Korban anak-anak Nabi Adam a.s - Habil dan Qabil
Firman Allah Ta’ala bermaksud:
Bacakanlah (Yaa Muhammad) kepada mereka akan cerita yang sebenarnya tentang dua orang anak Nabi Adam (yang bernama Habil dan Qabil) iaitu ketika keduanya mempersembahkan korban (kepada Allah0, maka yang seorang dari keduanya (Habil) diterima korbannya sedang yang lain (Qabil) tidak diterima korbannya - sebab itulah Qabil marah kepada Habil seraya berkata: “Nescaya kubunuh engkau!”
Sejarah Nabi Ibrahim a.s mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s
Firman Allah Ta’ala bermaksud:
“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku (anak) daripada golongan orang-orang yang soleh. Maka kami (Allah) gembirakan dia dengan (mendapat) anak yang penyantun. Tatkala sampai (umur) sianak boleh berusaha, berkata Ibrahim: “Hai anakku! Sesungguhnya aku melihat dalam tidur (mimpi) bahawasanya aku akan menyembelih engkau, oleh sebab itu lihatlah (fikirlah) apa pendapatmu?” (Sianak yakni Nabi Ismail) menjawab: “Wahai bapaku! Buatlah apa yang diperintahkan kepadamu, nanti engkau akan mendapati aku - insyaAllah daripada golongan orang-orang yang sabar.”
Untuk mengetahui kisahnya dengan lebih terperinci, tuan-tuan/puan-puan disarankan untuk membaca kitab-kitab tafsir yang mu’tabar. InsyaAllah ceritanya menarik untuk dijadikan I’tibar.
2. HIKMAH KORBAN
Menyembelih qurban juga merupakan amalan yang disukai oleh Allah Subahanhu wa Ta‘ala dan sebagai bukti serta keikhlasan kita dalam menghidupkan syi‘ar agama Islam. Ini jelas difahami dari firman Allah Ta‘ala yang maksudnya: “Daging dan darah binatang qurban atau hadyi itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa daripada kamu”.
Orang yang berkorban itu akan dikurniakan kebajikan (hasanah) sebanyak bulu binatang yang dikorban. Titisan darah korban yang pertama adalah pengampunan bagi dosa-dosa yang telah lalu. Darah korban itu jika tumpah ke bumi, maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Dan banyak lagilah. Bila dapat hayati sejarah korban Habil & Qabil serta kisah Nabi Ibrahim & Ismail … kitakan dapat menghayati/menyelami hikmahnya.
3. DEFINASI KORBAN
Korban bermaksud haiwan yang disembelih kerana ibadah pada Hari Raya Adha (10 Dzulhijjah) dan hari-hari tasyriq iaitu pada 11, 12 dan 13 Dzulhijjah dengan tujuan untuk mendampingkan diri kepada Allah Ta’ala
(Syeikh Daud al-Fathoni, Furu’ al-Masail, Juz 1: 259)
NUKILAN DARIPADA Badan Kebajikan Anak Perak Jordan PADA 11:48 PM 0 KOMENTAR
-TERKINI-
Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu
Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak
MENANGANI KEBEJATAN JENAYAH SOSIAL
Rata-rata masyarakat mulai mengeluh menyaksikan paparan media cetak dan elektronik melaporkan kejadian-kejadian jenayah saban hari. Kadang-kadang tanpa kita sangka semua itu berlaku menghampiri kita, sama ada dalam masyarakat kita, di tempat kediaman kita ataupun melibatkan kaum keluarga kita. Dari kalangan cendikiawan hingga pelajar sekolah, ia mulai menjadi topik yang hangat dibincangkan. Ia bermain dibibir setiap orang mengikut kepekaan dan keprihatinan selain sejauh mana perkara yang berlaku menyentuh kepentingan masing-masing.
Kepentingan agama menjadi isu sensitif tidak kira sama ada ia berkaitan dengan individu, kumpulan mahupun prinsip agama itu sendiri. Jika sebelumnya masyarakat kita dimurnikan dengan dialog peradaban agama, kini ia menjadi debat yang membicarakan soal hak asasi. Jika dulu masyarakat diluhurkan dengan rasa hormat terhadap agama orang lain, sekarang saling merungkai antara satu sama lain. Malah apa sahaja yang bersangkutan dengannya mengundang pelbagai unsur-unsur yang menggugah keharmonian.
Rekod pembunuhan menonjolkan kepelbagaian tanpa mengira mangsa lagi. Dari kes yang berpunca kerana dendam, kepentingan benda dan nafsu, ada juga yang berlaku seolah-olah suka-suka atau berlagak kuat seperti kes pembuli jalan raya. Kes bunuh diri tidak sedikit kaedahnya, yang popular ialah bunuh diri paling senyap dan lambat yakni dadah. Dari Januari 2003 hingga 25 Mei 2003, seramai 31,983 penagih baru berjaya dikesan. Agensi Dadah Kebangsaan melaporkan 79% daripadanya adalah belia berumur 20-29 tahun. Kos membina pagar bagi satu pusat serenti sahaja melibatkan belanja RM20juta, sedangkan negara kita mempunyai 28 pusat serenti.
Sains kesihatan mengakui arak adalah antara yang merosakkan otak dan akal manusia. Dengan menduduki ranking ke-10 dunia pengguna arak terbesar, dicatatkan 200,000 rakyat Malaysia adalah penagih arak dengan perbelanjaan RM1.9 juta billion setahun. Makin ketara melaratnya apabila 45% remaja di bawah umur 18 tahun adalah peminum arak. Termasuk juga perkara yang merosakkan akal ialah budaya hidu gam yang diberitakan baru-baru ini.
Kes ana luar nikah, tangkapan khalwat, sumbang mahram, kisah-kisah dari operasi Jabatan Agama dihotel-hotel, rumah tumpangan dan premis hiburan serta kawasan rekreasi menjadi berita wajib dimedia massa kini malah melambakkan buku-buku terbitan khusus di pasaran yang membicarakannya. Tahun 2001 sahaja telah mencatatkan 1,386 kes rogol yang dilaporkan, manakala antara Januari hingga Mac 2003, sebanyak 331 kes rogol dilaporkan. 373 gadis bawah umur pula dikesan dijadikan pelacur (*statistik 2000) manakala sumbang mahram membabitkan 54.9% mangsa berumur antara 11-15 tahun dan pesalah sumbang mahram terdiri daripada golongan bapa (48.8%). Hubungan sulit suami menjadi punca 80% kes perceraian pasangan Islam (Wilayah Persekutuan dan Selangor –2002).
Jenayah melibatkan harta benda turut menunjukkan statistik yang besar. Rompakan, kecurian, samun termasuk jenayah ragut hingga mengorbankan nyawa menjadi isu diseluruh negara. Tahun 2002, 60,049 kenderaan dilaporkan dicuri. Dalam tempoh Januari 2003 hingga Mac 2003 hanya 760 kenderaan yang dicuri oleh kira-kira 17 sindiket berjaya ditemui. Dalam tempoh yang sama 128 kes samun bersenjata api dicatatkan. Berdasarkan statistik polis sehingga Mac 2003, 2,558 kes jenayah perdagangan dan mengalami kerugian sebanyak RM306.9 juta diterima. Hanya RM28,949.30 berjaya diperolehi semula.
Fakta-fakta ini antara yang dihujahkan masyarakat, namun berapa ramaikah yang membicarakan penyelesaiannya? Atau telah ditemuikah program-program untuk mengatasinya? Artikel ini mengajak kita merenungi kaedah Islam dalam menyatakan penyelesaian berdasarkan maqasid syariah.
Islam Menjamin Agama dan Kepercayaan Manusia
Firman Allah SWT:
"Tiada paksaan dalam agama, sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat…"
(al-Baqarah:256)
Nescaya secara jujur dan dengan fakta-fakta yang nyata melalui sejarah kemanusiaan dan sikap Islam itu sendiri, bahawa tiada siapa yang boleh menafikan; sesungguhnya Islam telah, sedang dan akan terus memberi kebebasan dalam soal beragama atau menganut kepercayaan. Islam sejak memerintah negara yang pertama hingga ke hari ini tidak pernah menafikan hak manusia lain dalam soal agama dan mengamalkan kepercayaan masing-masing walaupun kepada kelompok yang minoriti. Ini jaminan yang termaktub sampai bila-bila. Ayat al-Qur’an di bawah boleh menjadi bukti akan sikap dan pendirian Islam.
Firman Allah SWT:
"…Dan sekiranya Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentu telah dirobohkan biara-biara, gereja-gereja, rumah-rumah ibadah orang Yahudi dan masjid-masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah…" (al-Hajj:40)
Umat Islam menganggap masjid sebagai tempat suci dalam menjalankan peribadatan kepada Allah. Begitulah juga setiap agama mempunyai tempat-tempat sucinya sendiri mengikut kepercayaan masing-masing. Sudah menjadi tanggungjwab setiap penganut agama mempertahankan tempat suci masing-masing. Namun Islam mengajar lebih daripada itu: tempat-tempat ibadah penganut lain juga menjadi tanggungjawab umat Islam untuk mempertahankannya sepertimana pertegasan ayat di atas. Tempat suci ini tidak lain telah menjadi pusat manusia membina kebaikan diri. Islam amat menghargai setiap perkara kebaikan.
Biara-biara (klooster) di sana terdapat para pendeta yang berusaha membersihkan diri, gereja-gereja menjadi tempat orang Nasrani (Kristian) mendengar khutbah keagamaan setiap hari Ahad, di rumah ibadat Yahudi (tabernacle) para penganutnya berkumpul setiap Sabtu mengulangi ajaran kitab Taurat.
Di akhir ayat ini barulah disebut akan masjid. Secara simboliknya kita dapat memahami bahawa ini adalah bukti Islam memberi hak keamanan dan perlindungan kepada kepercayaan dan urusan agama lain. Jika Islam memberi jaminan kepada hak orang lain sudah tentu ia mempertahankan miliknya sendiri. Maka tidak sewajarnya timbul agama lain mempersoalkan Islam dan urusan umatnya. Jaminan seperti ini tidak berlaku di negara-negara yang dasar pemerintahannya adalah Kapitalis, Komunis dan lain-lain.
Islam Menjamin Keselamatan Nyawa Manusia
Sekiranya dalam soal urusan dan kepercayaan agama lain pun Islam sudah memberi jaminan keamanan dan perlindungan, apatah lagi dalam hal yang melibatkan keamanan dan perlindungan manusia. Nyawa adalah urusan yang paling berharga pada diri manusia mahupun makhluk. Allah SWT mengurniakan hidup ini sebagai satu hak kepada setiap yang memperolehinya.
Firman Allah SWT:
"Dan sesungguhnya Kami yang menghidupkan dan mematikan, dan Kami jugalah yang kekal memiliki segala-galanya." (al-Hijr:23)
Oleh sebab itu menodai atau menceroboh ke atas nyawa seseorang bermakna menceroboh ke atas masyarakat, juga bermakna menceroboh urusan Allah SWT. Malah Allah SWT berfirman lagi di dalam surah al-Ma’idah ayat 32 yang bermaksud:
"…bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia bukan kerana orang itu membunuh orang lain atau melakukan kerosakan di atas muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia seluruhnya. Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya…"
Pengertian memelihara nyawa yang Islam berikan cukup luas dan berharga. Islam mengajar memelihara nyawa dengan menghargainya dari segenap segi yang saling berkaitan. Misalnya soal kesihatan yang amat mempengaruhi nyawa amat dititikberatkan untuk dipelihara, dirawat dan dicegah dari perkara dan aktiviti yang boleh memudharatkannya. Malah bukan sekadar memelihara, Islam juga mengharuskan, bahkan terkadang wajib memulihara nyawa sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
"Diri kamu menjadi kenderaanmu, maka hendaklah kamu kasihan akan dia."
Islam Memberi Hak Kepada Akal Manusia
Islam mendidik manusia agar meletakkan akal pada tempatnya. Malah Islam menuntut agar akal itu dikembangkan potensinya. Sudah semestinya mengembangkan potensi akal itu perlu juga menurut acuan Penciptanya. Maka sunnatullah telah menetapkan ilmu pengetahuan itu menjadi makanan kepada akal. Wahyu pertama yang diturunkan juga berhubung pengajaran tentang ilmu.
Tuntutan terhadap ilmu pengetahuan merupakan fardu ‘ain bagi setiap muslim. Ini kerana ilmu yang mengembangkan akal fikiran dapat pula mengembangkan potensi manusia untuk melahirkan bakat-bakatnya. Dari itu ia dapat menjalankan urusan kehidupannya menurut ilmu. Inilah yang dikatakan memakmurkan bumi.
Malah menjadi tanggungjawab pula pihak yang berwajib misalnya ibu bapa, guru, institusi pendidikan dan pemerintah menyediakan dan memberi galakan ke arah perkembangan akal melalui semangat keilmuan. Hanya dengan ilmu manusia dapat mengenal keagungan Allah Yang Maha Esa.
Firman Allah SWT:
"Dan perumpamaan-perumpamaan ini Kami buatkan untuk manusia; dan tiada yang memahaminya kecuali orang-orang yang berilmu." (al-Ankabut:43)
Bukan terhenti ilmu itu sekadar membina akal manusia untuk membezakannya dari makhluk yang lain, tetapi Islam juga mengajar untuk kita memenuhi tuntutan fardu kifayah dengan ilmu itu diteliti, dibahas, melakukan pengkajian dan sebagainya sehingga dengannya mampu mentadbir urusan dunia keseluruhannya.
Termasuk dalam perkara ini ialah Islam menyuruh agar perkara-perkara yang merosakkan akal dihindari dan dihapuskan. Sabda Rasulullah SAW:
"Janganlah kamu memberi kemudharatan kepada dirimu dan janganlah kamu menyebabkan kemudharatan kepada yang lain."
Islam Memelihara Keturunan, Maruah dan Kehormatan
Siapapun manusia itu di atas muka dunia, dia tetap hamba kepada Allah SWT. Tiada yang mulia pada pandangan Allah SWT melainkan hamba yang bertaqwa. Hakikatnya di sisi Allah manusia itu semuanya setara sebagaimana firmanNya:
"Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian." (at-Tiin:4)
Maka Islam menuntut setiap manusia memelihara keturunan manusia dengan semulianya sebagaimana ia dijadikan. Islam melarang keras manusia itu menghina dirinya melalui apa cara sekalipun sebaliknya menggalakkan manusia memelihara kemuliaan termasuk mengembangbiakkan keturunan manusia dengan cara yang telah ditetapkan oleh Allah SWT sesuai dengan fitrah kejadian manusia itu sendiri.
Biarpun manusia dijadikan berbangsa-bangsa dengan berlainan bahasa, agama, negara dan warna kulit, Islam tetap bertegas bukan sahaja menyuruh manusia memelihara kehormatan dan maruah keturunannya tetapi juga bersama-sama menjaga dan memelihara kehormatan dan maruah serta keturunan orang lain.
Budaya Jahiliyyah sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW yang bangga akan keturunan dalam masa yang sama merosakkan keturunan orang lain telah terhapus dengan kedatangan Islam. Malah sejak tertegaknya Islam di atas muka bumi, telah menjadi satu jaminan keamanan buat kehormatan dan maruah manusia. Bukan semata-mata menjadi tanggungjawab individu dan masyarakat tetapi juga pemerintahan. Islam mengajar kehormatan dan maruah manusia dipelihara dengan kekuasaan sekalipun.
Islam Menjamin Pemilikan Harta Benda
Sudah menjadi fitrah manusia berkeinginan memiliki apa yang dikehendaki atau diusahanya. Sungguhpun semua yang ada di atas muka bumi ini adalah milik mutlak Allah SWT, namun manusia sebagai hamba tidak dilarang memiliki hak milik Allah sebagai satu bentuk pinjaman. Terpulang kepada manusia bagaimana untuk berusaha memperolehinya asalkan pada jalan dan kaedah yang dibenarkan syara’. Malah pada apa yang diusahakan dan diperolehi dituntut agar digunakan untuk manfaat diri dan orang lain. Dalam pada itu Islam melarang usaha dan penggunaan pemberian itu sehingga menjejaskan kepentingan lain baik diri sendiri atau orang lain.
Islam mengajar tanggungjawab antara manusia untuk memenuhi keperluan asasi diri dan juga menuntut mereka yang berkeupayaan membantu yang kurang berkeupayaan memenuhi sekurang-kurangnya keperluan asasi setiap individu seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Islam juga memberi jaminan terhadap pemilikan harta benda. Manusia dibolehkan memiliki sumber di dunia sebanyak mana sekalipun asalkan ia berusaha disamping memenuhi hak-hak orang lain. Dalam masa yang sama hak Allah juga perlulah ditunaikan.
Kesimpulan dan Penutup
Penyelesaian yang dinyatakan mengajak kita meletakkan keyakinan bahawa Islam menjamin keharmonian beragama sekaligus melahirkan rakyat yang mengamalkan nilai-nilai murni serta mudah dididik untuk menuruti undang-undang negara, malah bersatu membina kemakmuran dan kestabilan negara. Jaminan Islam terhadap nyawa manusia merupakan satu suaka yang dapat menghindari kejadian jenayah bunuh sama ada pembunuhan atau bunuh diri dengan pelbagai kaedah dan aktiviti pada masa kini. Akal manusia bukan semata-mata mendapat jaminan dipelihara, malah Islam menuntut agar ia disubur dan dipertingkatkan potensinya untuk kemaslahatan hidup manusia di dunia. Islam juga amat memberi pertegasan terhadap keturunan, maruah dan kehormatan manusia agar ia dipelihara. Malah menjadi tanggungjawab semua pihak membantu dalam urusan ini. Gejala pergaulan sosial yang negatif hingga boleh membawa kepada perbuatan hubungan diluar nikah, sumbang mahram, pelacuran dan sebagainya nescaya dapat ditangani secara total. Harta benda milik manusia yang diperolehinya secara benar diakui oleh Islam dengan jaminan bahawa hak itu tidak boleh diceroboh, ini sekaligus dapat menangani masalah kecurian, rompakan atau rampasan yang tidak berdasarkan alasan yang benar. Dalam masa yang sama Islam memberi peringatan agar sebarang bentuk aktiviti, program atau tindakan yang boleh merosakkan agama, nyawa, akal, kehormatan dan maruah serta pembaziran harta benda mestilah dihapuskan dan dihindarkan seperti aktiviti thaghut dan tahyul, konsert-konsert yang melalaikan, tempat-tempat hiburan dan maksiat, pusat-pusat perjudian dan sebagainya. Kepada semua, baik individu, masyarakat, pasukan keselamatan, agensi swasta dan kerajaan marilah kita menyeru diri agar kembali kepada garis panduan yang telah ditetapkan oleh Islam iaitu dengan melaksana dan menguatkuasakan Perlembagaan Islam, kerana ini sahaja panduan terbaik yang telah ditetapkan oleh Allah SWT, Tuhan Yang Maha Pencipta untuk menangani kebejatan urusan manusia. Sesungguhnya Islam itu adalah keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan buat seluruh alam.
Firman Allah SWT:
"Dan bahawa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalanKu yang lurus, maka ikutilah dia; dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalanNya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertaqwa." (al-An’aam:153)
10 Ideas to Help You Remember
You are busy and you have tons of things to do. How can you possibly remember it all?
Having a sharp memory recall can be as simple as finding ways to help jog your memory throughout the day. Here are 10 quick ideas:
1. WRITE IT DOWN.
With the amount of things you have to remember in any given day, why should you try to stuff it all into your memory bank? When you want to remember something, the very best
thing to do is write it down. Then, when you need to recall it, it will be there for you in an instant.
2. KEEP IT TOGETHER.
When you write down things you want to remember, keep them in one consistent place. Otherwise, you're going to spend a lot of time looking for your notes.
3. MAINTAIN GOOD HEALTH.
Eat healthy foods, get enough sleep, and exercise. These are all important for your memory, staying focused and being alert.
4. RECORD YOUR THOUGHTS.
Sometimes you might want to remember something, but it's impossible for you to write it down, such as when you're driving. A little hand held tape recorder is a wonderful gadget to carry around with you and record your thoughts, or your parking space number, or a phone number you see on a billboard.
5. CALL YOURSELF.
If you're at the office, and you want to do something when you arrive home, call your answering machine and leave yourself a message. When you get home, you'll listen to your message and remember exactly what you wanted to do.
6. BELIEVE IN YOURSELF.
If you keep saying you have a bad memory, you'll probably continue to have a bad memory. It's important to have a motivated, I CAN remember attitude.
7. SEND YOURSELF E-MAIL REMINDERS.
There are many free e-mail reminder services available. You simply type in what you want to remember, such as a birthday, anniversary or event, and you then receive an e-mail reminder when the date is approaching.
8. POST STICKY NOTES.
Those wonderful, little sticky notes can be amazing memory helpers. Want to remember something before you leave the house? Jot it down on a Post-It Note and stick it on the
inside of your door. You'll be sure to see it as you're getting ready to walk out. Have to make an urgent call first thing in the morning? Leave a Post-It Note on your telephone.
9. SET TIMERS AND ALARMS.
Take advantage of alarm clocks and timers throughout the day. Have to take the clothes out of the wash at 3:00? Set your alarm clock to remind you. Want to leave for the
basketball game by 6:15? Set your timer to beep a few minutes before.
10. USE VISUAL REMINDERS.
Visual reminders can help you remember and focus. I especially like visual reminders for remembering your goals. If your goal is to take a trip to a beautiful island in a few years, keep a magazine photograph of the island right on your desk. If your goal is to own your own business one day, find a picture or ornament that will help remind you of this goal each day.
NUKILAN DARIPADA Badan Kebajikan Anak Perak Jordan PADA 3:21 PM 0 KOMENTAR
Nama - Iblis Laknatullah
Tarikh kelahiran - Bermula daripada keengganannya sujud kepada Nabi Adam
Pejabat operasi - Tandas/bilik air/tempat yang bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat
Status diri - Fasik kelas pertama
Rakan kongsi - Golongan munafik serta syaitan-syaitan daripada kalangan manusia
Agama - Kufur
Sumber pendapatan - Segala harta yang diperolehi dengan jalan haram dan riba
Jenis perkhidmatan - Menggalakkaan manusia mengerjakan kemungkaran dan kederhakaan terhadap Allah Taala
Tempat tinggal di akhirat - Neraka Jahannam
Tempoh perkhidmatan - Sehingga Hari Kiamat
Kawasan - Setiap tempat yang di dalamnya tiada usaha untuk mengingati Allah
Matlamat Perjalanan - Membawa setiap makhluk ke Neraka Jahannam
Arah perjalanan - Tiada haluan dan bengkang bengkok
Teman Sejawat - Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran
Isteri di dunia - Setiap wanita yang tidak menutup aurat dan tidak mentaati Allah, Rasul dan suaminya
Ganjaran - Dosa dan kemurkaan Allah Taala
Kaum kerabat - Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah
Berkomunikasi denga - Orang yang suka mengumpat, mencaci dan seantero dengannya
Modal pusingan - Angan-angan kosong
Makanan kegemaran - Daging orang mati dan segala najis dan kotoran
Tempat pertemuan - Pasar-pasar
Yang ditakuti - Orang mukmin yang bertakwa, beriman dan beramal
Musuh ketat -Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa
Yang dibenci - Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah
Motto kerja - 'Hipokrasi asas akhlak'
Alat perangkap - Wanita cantik, model, pelacur, peragawati dan sebagainya
Kesukaannya - Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda dan menyesatkannya
Saat ajal - Bila tiba waktu yang ditentukan Allah pada Hari Kiamat kelak
Cita-cita - Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir
Janji-janji - Janji kosong, angan-angan dan tipu daya
Kelemahannya - Bila orang membaca Istighfar
Yang membuatnya menangis - Bila orang sujud kepada Allah s.w.t
Lambang - Sebarang tatu
BLOG UPDATE 25 NOVEMBER 2009