Di sini adalah serba sedikit tentang perjalanan program AGM BKAPJ kali ke-8 dan
sedikit gambar kenangan untuk tatapan ahli-ahli BKAPJ sekalian.
1.30 p.m
Kehadiran ahli / pendaftaran / pengundian berlaku / jamuan makan tengah hari
2.30 p.m Majlis bermula Ucapan ; kata-kata aluan MC Yang Di-Pertua BKAPJ : Mohd Syafiq b. Murat
Perasmian oleh : Ahmad Shahrul b. Adnan
Presiden MPPM 09/10
2.50 p.m Majlis diserahkan kepada Pengerusi Sidang Perlantikan dua orang Setiausaha Sidang
AMT BKAPJ 08/09 dijemput ke hadapan
Pembentangan minit Mesyuarat Agung BKAPJ sesi 07/08
Pembentangan laporan aktiviti BKAPJ sesi 08/09
Perbahasan laporan aktiviti BKAPJ sesi 08/09
Pembentangan laporan kewangan BKAPJ sesi 08/09 Perbahasan laporan kewangan BKAPJ sesi 08/09
4.25 p.m Sesi usul dan perbahasan Sesi cadangan
Ucapan pembubaran oleh YDP BKAP sesi 08/09
5.30 p.m Pengumuman keputusan pilihan raya Ucaptama YDP BKAPJ sesi 09/10
Penyampaian hadiah dan cenderahati
5.55 p.m Bersurai dan minum petang
* Jazakallahukhair kepada semua ahli-ahli bkapj yang telah meluangkan masa untuk menghadiri Mesyuarat Agung BKAPJ kali ke-8. Adalah diharapkan agar roh dan semangat berpersatuan yang kita pamerkan mampu di jelmakan dan di aplikasikan apabila berada di tengah-tengah ributan masyarakat. Buat akhirnya, majulah BKAPJ untuk kesejahteraan anda semua.
الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا من يهده الله فلا مضللة ومن يضلله فلا هادي له اشهد أن لا اله الا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Yang Berhormat Dato' Dr. Abdul Rahman bin Hashim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, yang berbahagia, barisan intelektual delegasi perwakilan kerajaan Negeri Perak, Yang Dihormati Tn Hj Sulaiman bin Ismail, Pengarah JPMJ dan isteri, pegawai-pegawai Kedutaan Besar Malaysia, pegawai-pegawai JPMJ dan hadirin & hadirat wahana kegemilangan pencetus kecemerlangan.
Hadirin hadirat yang dirahmati Allah Taala sekalian,
Adalah baiknya jika saya meneruskan ucapan saya ini dengan memberi sedikit gambaran tentang statistik mahasiswa dan mahasiswi Perak di Jordan. Untuk makluman delegasi dan hadirin sekalian jumlah mahasiswa dan mahasiswi Perak yang sedang belajar di universiti-universiti di jordan adalah seramai 107 orang. Jumlah ini merupakan jumlah yang sederhana besar berbanding dari negeri-negeri lain di mana para pelajarnya begitu ramai khususnya mahasiswa dari Negeri Selangor dan Negeri Kelantan. Untuk perhatian hadirin sekelian juga, kompisisi peratusan ahli perak di jordan ini adalah seramai 30 peratus yang menuntut di JUST, Irbid dalam bidang perubatan dan pergigian dan 70 peratus selebihnya menuntut dalam bidang fiqh usul, usuludin dan juga bahasa arab.
Para hadirin sekalian,
Untuk maklumat delegasi semua, para pelajar Perak di Jordan telah mengikuti pembelajaran di universiti yang berlainan malah jarak antara satu universiti dengan universiti yang lain agak jauh. Oleh itu, bagi memastikan anak-anak Perak saling kenal-mengenali antara mereka, khususnya dalam menjaga anak negeri ini, maka tertubuhnya satu badan kebajikan anak negeri yang diberi namaBadan Kebajikan Anak Perak Jordan.
Hadirin hadirat yang dirahmati Allah Taala,
Insya-Allah, BKAPJ akan sedaya-upaya memastikan, agar kebajikan ahli-ahlinya terjaga dan berusaha mengadakan aktiviti-aktiviti yang berfaedah bagi mengisi masa lapang ahli yang terluang. Justeru itu, BKAPJ sekaligus dapat membimbing ahli menjadi seorang pelajar yang mempunyai sifat insaniah yang cemerlang, gemilang dan terbilang di dunia dan di akhirat di samping memperolehi kecemerlangan dari sudut akademik, Insya-Allah.
Para hadirin yang dikasihi sekalian,
Untuk memastikan kebajikan pelajaran anak-anak Perak lebih terjamin, saya mewakili anak-anak Perak di sini ingin mencadangkan kepada Majlis Agama Islam Perak (MAIPK) agar menimbangkan dengan lebih serius tentang kadar kenaikan bantuan dermasiswa dari RM 6000 kepada RM 8000. Di samping itu juga mengenai dengan bantuan tetap kepada persatuan di sini. Saya berharap agar pihak Kerajaan Negeri Perak dan Majlis Agama Islam Perak (MAIPK) dapat menyalurkan bantuan tetap tahunan kepada kami bagi membantu perjalanan program dan aktiviti tahunan dapat dijalankan dan diteruskan dengan jayanya. Selain itu juga, saya berharap agar selepas ini, hubungan dan kerjasama yang lebih erat dapat diteruskan antara pihak persatuan di sini dan Kerajaan Negeri Perak bagi memastikan kesejahteraan dan kebajikan anak-anak Perak di sini lebih terjamin.
Hadirin hadirat sekalian,
Anak-anak perak di bumi Jordan memang selalu merindui lawatan sebegini dari delegasi-delegasi kehormat Malaysia khususnya delegasi-delegasi kehormat daripada Negeri Perak. Ini bagi memupuk semangat kasih sayang antara pemimpin dan rakyat khususnya kami di perantauan yang memang berhajat merisik khabar di tanah air tercinta. Dalam pepatah arab ada menyebut "ziarahlah jarang-jarang nescaya akan bertambah kasih sayang". Jadi pada malam ini membuktikan jalinan kasih sayang antara pemimpin dan rakyat telah tersemai. Alhamdulillah.
Para hadirin yang dirahmati Allah Taala,
Untuk menutup ucapan saya pada malam yang penuh barakah ini dan tidak lama lagi kita bakal menyambut Ramadhan Al-Mubarak, saya sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Berhormat Dato' Dr. Abdul Rahman bin Hashim, setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Yang Amat Berbahagia Sohibus Samahah Tan Sri Harussani bin Zakaria, mufti Kerajaan Negeri Perak serta delegasi-delegasi Negeri Perak yang lain kerana sudi menjemput kami anak-anak Perak di perantauan dalam majlis yang penuh bermakna ini.
Tidak lupa juga diatas jasa baik dari Pihak Kedutaan Besar Malaysia Amman, Jordan , Pihak Jabatan Penuntut Malaysia Jordan dan rakan-rakan seperjuangan di bumi jordan. Jutaan terima kasih sekali lagi untuk semua kerana berjaya mengadakan majlis ini. Buat akhirnya, saya ingin memohon kemaafan kepada hadirin sekalian andai kata ada terkasar bahasa dan kata-kata saya yang mengguris perasaan sebentar tadi. Semoga Bulan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi lebih baik dari ramadhan-ramadhan yang kita lalui sebelum ini. Sekian.
أقول قولي هذا واستغفرالله العظيم لي ولكم ولسائر المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات الأحياء من هم الأموات السلام عليكم ورحمته وبركاته
Setelah diadakan liqo' ringkas, pengesahan jawatan pada 8 Ogos 2009 bertempat di Jabatan Penuntut Malaysia Amman, kesemua Ahli Majlis Tertinggi Badan Kebajikan Anak Perak Jordan sesi 2009/2010 telah bersetuju dengan jawatan dan portfolio yang bermula dari Yang Di-Pertua sehinggalah ke jawatan Timbalan Bendahari Agung. Makluman penjawatan adalah seperti berikut:
Penasihat
Abdul Munir Bin Sanusi
( JUST - Perubatan )
Nuraziela Binti Abdul Rahim
( JUST - Perubatan )
Yang Di-Pertua
Mohd Adi Amzar Bin Muhammad Nawawi
(Universiti Mu'tah - Bahasa dan Kesusasteraan Arab)
Badan Kebajikan Anak Perak ini adalah satu badan rasmi yang ditubuhkan pada tahun 1996 di University of Jordan bertujuan menjaga kebajikan anak-anak Perak khususnya di Jordan
Nama - Iblis Laknatullah Tarikh kelahiran- Bermula daripada keengganannya sujud kepada Nabi Adam Pejabat operasi- Tandas/bilik air/tempat yang bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat Status diri - Fasik kelas pertama Rakan kongsi- Golongan munafik serta syaitan-syaitan daripada kalangan manusia Agama - Kufur Sumber pendapatan- Segala harta yang diperolehi dengan jalan haram dan riba Jenis perkhidmatan- Menggalakkaan manusia mengerjakan kemungkaran dan kederhakaan terhadap Allah Taala Tempat tinggal di akhirat - Neraka Jahannam Tempoh perkhidmatan- Sehingga Hari Kiamat Kawasan - Setiap tempat yang di dalamnya tiada usaha untuk mengingati Allah Matlamat Perjalanan - Membawa setiap makhluk ke Neraka Jahannam Arah perjalanan - Tiada haluan dan bengkang bengkok Teman Sejawat - Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran Isteri di dunia - Setiap wanita yang tidak menutup aurat dan tidak mentaati Allah, Rasul dan suaminya Ganjaran - Dosa dan kemurkaan Allah Taala Kaum kerabat - Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah Berkomunikasi denga - Orang yang suka mengumpat, mencaci dan seantero dengannya Modal pusingan - Angan-angan kosong Makanan kegemaran - Daging orang mati dan segala najis dan kotoran Tempat pertemuan - Pasar-pasar Yang ditakuti - Orang mukmin yang bertakwa, beriman dan beramal Musuh ketat -Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa Yang dibenci - Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah Motto kerja - 'Hipokrasi asas akhlak' Alat perangkap - Wanita cantik, model, pelacur, peragawati dan sebagainya Kesukaannya - Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda dan menyesatkannya Saat ajal - Bila tiba waktu yang ditentukan Allah pada Hari Kiamat kelak Cita-cita - Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir Janji-janji - Janji kosong, angan-angan dan tipu daya Kelemahannya - Bila orang membaca Istighfar Yang membuatnya menangis - Bila orang sujud kepada Allah s.w.t Lambang - Sebarang tatu
MAKLUMAN
BLOG UPDATE 25 NOVEMBER 2009
Sebarang Artikel @ Karya @ Cadangan @ Komentar Untuk Disiarkan Di Dalam Laman Blog Ini, Sila Hantar Karya @ Artikel @ sebagainya Ke Email Ini -