BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

11 October 2009

AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM

ASSALAMUALAIKUM WARGA BKAPJ


Tanggal 10 Oktober 2009, bersempena program Mingguan Haluan Siswa, terdapat slot disediakan bersama BKAN. Alhamdulillah, saya dan semua MT dari Irbid sempat bertemu dengan bakal ahli-ahli BKAPJ yang menuntut di Universiti Irbid dan Mafraq. Pertemuan yang singkat tetapi cukup bermakna bagi saya dan semua MT ini, tidak kami lepaskan kerana para MT dapat menerangkan serba sedikit mengenai hal-ehwal BKAPJ.

Disamping itu, saya sendiri yang merupakan Penasihat BKAPJ untuk sesi kali ini, sempat memberikan kata-kata aluan dan nasihat mengenai kepentingan berpersatuan. Saya menyarankan penuntut-penuntut Perak di Jordan supaya bukan sahaja menjadi mahasiswa yang cemerlang dari segi akademik malahan perlu mempunyai nilai yang baik dalam diri anda semua serta menggunakan platform BKAPJ untuk membina pengalaman dalam berpersatuan. Disamping itu, saya juga menasihati kepada diri saya dan semua ahli supaya dapat mengimbangkan antara pelajaran dan akademik. Tidak dilupakan juga, saya sempat menasihati kepada ahli BKAPJ agar memperlengkaplan diri dengan segenap ilmu. Samada ilmu dunniawi mahupun ukhrawi.

Sekali lagi, saya selaku penasihat kepada Badan Kebajikan Anak Perak Jordan (BKAPJ) serta seluruh MT mengucapkan, ahlan wasahlan wa marhaban bikum dan selamat datang kepada semua mahasiswa dan mahasiswi dari Negeri Perak Darul Ridzuan. Semoga kita akan terus menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang di dunia mahupun di akhirat sana. Sekian.



Abdul Munir Sanusi
Penasihat
Badan Kebajikan Anak Perak Jordan

EDITING BY MODERATOR


0 KOMENTAR: