BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

16 October 2009

KEHEBATAN KUASA ALLAH TAALA


ASSALAMUALAIKUM WARGA BKAPJ


Semoga kita sentiasa sihat dan sentiasa dipayungi dengan rahmat dan pemberian-Nya, insya-Allah. Bagi artikel kali ini, saya suka untuk mengajak sahabat-sahabat sekalian untuk berkunjung ke sebuah laman web yang cukup menarik mengenai kejadian ciptaan Allah Taala. Pemilik blog ini merupakan rakan seperjuangan saya yang menuntut dalam satu universiti. Kesimpulan dalam artikel yang terbaru pemilik blog ini telah dinukilkan dan termaktub dalam kitab suci Ilahi. Dimana firman Allah Taala dalam Surah Yaasin :-


إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئًا أَنْ يَقُولَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ

Klik disini


Semoga kita sentiasa memikirkan kejadian ciptaan Allah Taala yang terlalu banyak di sekeliling kita. Perkara-perkara yang berlaku di sekeliling kita ini, bukan sekadar kejadian alam yang wujud semata-mata. Bahkan ia mengandungi seribu satu hikmah yang tersembunyi bagi mereka yang mahu memikirkannya. Sesungguhnya alam ini merupakan hak milik Allah Taala. Semoga semakin hari semakin bertambahlah hendaknya ilmu kita dan semakin dekatlah diri kita dengan Yang Maha Pencipta cakerawala ini. Sekian.


Abdul Munir Sanusi
Pelajar Jurusan Perubatan dan Pembedahan
Jordan University of Science and Technology

EDITING BY MODERATOR


0 KOMENTAR: